Friday 10 June 2011

Tips sihat ala Rasullullah.. ^_^

-perkongsian utk hr ni~


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH  Rasulullah Selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain: - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan / terapi penyakit TB - Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan  





2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaatbeliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.  "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)  





3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN  Sabda Rasulullah:"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untukmakanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.  





 4. GEMAR BERJALAN KAKI Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungirumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akanmengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung  





 5. TIDAK PEMARAH Nasihat Rasulullah: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.  Ada terapi yang tepat untuk menahan marah: - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk aka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaithon - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati  





 6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT 





  7. TAK PERNAH IRI HATI Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.





 :: Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah ...


 ::   kepada saudara Muslim-Muslimat, jadikanlah ini sebagai renungan danpelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah  satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia wallahu'alam ....


Tuesday 7 June 2011

Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.


Aku Ingin Bergelar Solehah

Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah...


Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah...



Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan aku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...

Mencari Tuhan Dalam Keindahan Alam

Pada suatu hari di waktu subuh, sudah lama Bilal melakukan azan di masjid Madinah,namun Nabi MUHAMMAD SAW belum juga keluar dari rumahnya.Maka pergilah Bilal ke sana untuk melihat Baginda kerana cemas kalau-kalau Baginda kurang sihat. Tatkala masuk Bilal ke dalam, didapatinya Nabi MUHAMMAD SAW sedang duduk menangis.

Lalu Bilal bertanya:

Ya Rasulullah,gerangan apakah sebabnya tuan menangis?Padahal kalau ada jua kesalahan tuan baik yang lama atau yang baru sudah tentu akan diampuni.

Jawab Rasulullah SAW:

Bilal,tengah malam tadi telah datang kepadaku Jibril membawa wahyu Allah SWT yang bermaksud:


"Bahawasanya pada kejadian langit dan bumi dan pergantian malam dan siang itu,sesungguhnya menjadi petanda(bukti-bukti adanya Allah dan kekuasaanNya)bagi orang-orang yang punya akal dan fikiran"

Firman Allah SWT dan sabda Nabi MUHAMMAD SAW itu mengandungi ajakan agar kita sentiasa merenungkan keadaan di sekeliling kita..keindahan yang meliputi segalanya.Jiwa yang suci bersih dapatlah mendengar dan melihat indahnya alam sekeliling itu. Di sana terdapat TIGA sifat Tuhan iaitu:..Indah..Agung..Sempurna..


Semua yang ada ini adalah dinding yang membatasi kita dengan Allah SWT..tetapi bilamana dengan jiwa yang kuat kita sudi dan sedia menembusi dinding itu dengan penglihatan rohani yang bersih nescaya akan terbukalah hijab itu.Hanya mata yang zahir ini sahaja yang melihat batasan itu..melihat gunung menjulang..ombak berderur..awan mengepul di udara..bunga-bungaan mekar & indah.Ada pun mata rohani mulailah menembusi hijab..bukan dinding lagi yang kelihatan tetapi ialah Pencipta dari segalanya ya'ni Allah SWT..

Bila kita berdiri di tepi lautan yang maha luas itu,bertemulah birunya laut dan birunya langit. Kapal dan bahtera belayar laksana sabut kecil sahaja di antara ombak dan gelombang yang mengulung-gulung di atas pasir yang putih.Demikianlah tersa kerdilnya diri di hadapan kebesaran alam..maka terkeluarlah dari mulut.."Allah"..

Belayarlah kita dengan bahtera jisim ini melayari kehidupan..kelihatan pulau yang kecil..laksana ditebarkan di hadapan kita. Kekadang timbullah harapan melihat tanah dataran..kekadang timbullah gelora..berhari bermalam tidak ketentuan arah..

Tiba-tiba menyinsinglah fajar dan teduhlah angin..matahari pun terbit dari sebalik gunung yang hijau tempat kita akan membongkar sauh..maka terkeluarlah dari mulut.."Allah"..

Dirasai dan dialami keadaan dunia dengan manis serta pahitnya..dirasai pengalaman dengan harta kadang-kadang menjulang melonjak naik..kadang-kadang jatuh turun tidak tertahan-tahan. Dirasai angan-angan dan cita-cita bersimpang-siur di waktu badan masih muda.Sedar tak sedar uban pun menjuntai di kening dan tenaga pun mulai kurang.

Adapun cita-cita dan angan-angan tadi kalau dapat tercapai 1/10 pun sudah cukup syukur..diperturutkan syahwat dan hawa nafsu akhirnya..arang habis besi pun binasa.

Timbullah rasa kosong di dalam jiwa..dilihat amal berkurang..jasad tiada dan maut pun pasti datang..maka terkeluarlah dari mulut suara penyesalan yang tulus ikhlas.."Allah"..

Hanya 1 yang nampak di mata hati.."Allah'..

Hanya 1 yang suara yang terdengar.."Allah.."

Wahai Tuhan kami..tidaklah Engkau jadikan segalanya ini dengan sia-sia..

Dan hanya padaMu

Aku pasrah.....

Tirai kehidupan

Dengan lafaz 'assalamualaikum' diucapkan buat smua visitor yang membaca blog ni.salam ukhuwah dihulurkan..moga2 dpt menjalin hubungan silaturrahim buat semua..