Thursday 7 June 2012

coretanku

Assalamualaikum w.b.t  dihulurkan buat pembaca yg budiman..
smoga sihat hendaknya..Alhamdulillah..stingi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi,masih lagi diberi nikmat Iman dan Islam utk kita terus menapak di muka bumi yg fana ini..


Allahu,dh lama rupanya x update blog,dh bhabuk dh..hampir nk dekat setahun dh..maklumlah,lantaran kesibukan yg x penah akn berakhir..smoga kita akn sentiasa dsibukkan dgn kebaikan hendaknya..
harini xtau tetibe je ase macam nk mnulis..
sedar x sedar..hr ni dh 17rejab..Allahu,bgitu skejap je masa berlalu..bile dkenang masa lalu terlalu indah untuk diungkapkan dengan kata2..subhanaAllah n..xlama lagi bulan ramadhan bakal menjengah lagi. lagi 43 hari lagi nk sampai bulan ramadhan..insyaAllah...
mari kita doa sama2 moga2 dpt bertemu lg bulan ramadhan nih..


“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa 
tasallumahu minni taqabbalan..”

(Ya Allah, SELAMATKANLAH kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan PERTEMUKAN untuk bulan Ramadhan dan TERIMALAH seluruh amal kami pada bulan Ramadhan)...
amin ya Rabb..


x sabar rasanya nak menanti bulan ramadhan yg akn datang nih..nk kutip pahala banyak2..Allahu..


hr ni tetiba je ase nk mnulis tentang makna kehidupan..hmm,kehidupan..


KEHIDUPAN..


Allahu,bila berbicara tentang kehidupan byk yg blh kita perkatakan..
kehidupan kita di atas muka bumi nih hnya pinjaman semata-mata..didunia ni hanyalah bekal kita untuk ke akhirat nnti..
sepanjang diri ini menjadi pengemis ilmu dibumi universiti mencari pahala(ump) terlalu banyak pengalaman manis n pahit yg x dpt dlupakan..kekadang kotak memori nih dh smpi x cukup memori dh nk simpan kenangan itu..Allahu,begitu indah sekali perancangan kurniaMu terhadap hambaMu ini..kalau bukan HidayahMu yg kau kurniakan,,bukanlah diri ini yg menapak dlm diam dlm menggapai redhaMu menuju 1 perjalanan yg belum pasti..trima kasih ya Allah atas anugerahMu..


suka duka dalam kehidupan adalah merupakan rencah & asam garam kehidupan..kadang2 melalui rencah inilah dpt mengajar kita erti kehidupan yg sebenar,mengajar kita erti dewasa n terlalu byk lagi x terkira asanya..begitu nikmat sekali kehidupan ini..tp kita jgn sesekali lupa,dlm menongkah arus kehidupan yg x putus2 dengan pancaroba kehidupan kita seringkali jgn lalai dgn perintahNya..Allah dh sediakan yg terbaik untuk kita..sekarang terpulang pada diri kita sendiri samada nk ikut atau x..smuannya bergantung pd diri kita sendiri..kerana kalau bukan kita yg memulakan,sapa lagi yg nk mulakan..apa2pun,we need to start it first..


dalam konteks kehidupan zaman sekarang..kita harus kuatkan kaki kita dalam melangkah supaya perjalanan yg bakal kita ukir nanti meninggalkan impak yg mendalam terhdap diri n org lain kerana dlm hidup ni..kita x boleh nak bersendirian,,kita kena hidup dlm kelompok masyarakat supaya stiap perkara yg kita lakukan bakal membawa manfaat kepada orang lain...sekarang ni,kekadang terlalu sukar n payah untuk menapak didalam perjalanan itu..tp walau apa2pun..kita harus kuatkan diri kita untuk terus melangkah,melawan arus kehidupan yg kdg2 menguji iman kita tp kita kena ingat..masih ramai lagi yg memerlukan bimbingan kita untuk dibimbing..
ayuh,teman2 kuatkan diri kita untuk terus menyebarkan kebaikan kepada orang lain..itu adalah tugas kita yg hakiki..


ya Allah,dikala saat ini..kerinduan terhadap ibu ayah semakin menebal...bersabarlah wahai diri..
moga2 sgala amalanku mampu memberi kebaikan kepada mereka berdua nanti..insyaAllah..biiznillah..


Allahu..cukup sekadar disini shja coretanku pada kali ini..
moga ketemu lagi diruangan yg akan datang..
sekian...


sdikit pesanan buat semua:
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..
pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…
pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..
teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..















Friday 26 August 2011

Selamat Tinggal Ramadhan ..... :'(


Assalammualaikum kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Muhasabah di Saat Terakhir Ramadhan Di Manakah Kita???
Ramadhan akan berakhir Syawal akan menjelang tiba.Sambutlah dengan tanda kesyukuran.apakah perasaan sahabat dan sahabiah sekalian di saat-saat terakhir Ramadhan ini?adakah rasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan atau Rasa gembira berakhirnya Ramadhan? sungguh saya katakan pada hari ini,disaat ini,perasaan sedih dan hiba kerana Ramadhan akan berlalu pergi hanya beberapa hari sahaja lagi. waktu sungguh cepat berlalu serasa baru kemarin menyambut kedatangan Ramadhan... Astaghfirullahal'adzim... luluskah kita pada bulan Ramadhan ini? Apakah tahun depan kelak kita akan berjumpa dengannya kembali? Pertanyaan-pertanyaan ini tidak mungkin terjawab secara pasti terkecuali hanya ALLAH SWT yang tahu. Namun harapan saya sebagai hamba-Nya, berharap yang terbaik dan saya percaya ALLAH SWT pasti akan memberi yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya .... Insya'ALLAH.  Aamiin Ya Robbal Alamiin.


Yang pastinya Ramdhan tetap akan berlalu pergi meninggalkan kita.
Selalunya di malam-malam terakhir Ramadhan ini akan berlaku pertembungan antara menghidupkan baki Ramadhan dengan Qiyamullail dan ibadah-ibadah lain dengan persiapan menjelang hari yang terbesar dalam kalendar umat Islam iaitu Aidilfitri. Bagaimanakah caranya kita mampu menyeimbangkan antara keduanya tanpa kita meninggalkan salah satu daripadanya?

Pertamanya kita harus jelas dan ingat kembali matlamat Ramadhan yang telah ALLAH tetapkan kepada kita semua. Diwajibkan kita berpuasa di bulan ini seperti kaum-kaum terdahulu adalah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa. Melihat kepada matlamat ini sudah cukup untuk kita sama-sama menilai diri sehingga ke hari ini adakah sudah tercapai matlamat yang dikehendaki oleh ALLAH SWT, Tuhan Pencipta diri kita dan seluruh makhluk-Nya.

Tanya diri kita adakah puasa yang dilakukan berjaya mendidik NAFSU supaya mengikut IMAN dalam setiap gerak laku kita sepanjang masa? Adakah kualiti puasa kita setara dengan matlamat keTaqwaan atau sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa menjaga adab-adab, tutur kata dan pandangan?

Tanya juga adakah amal ibadah, solat-solat fardhu, solat-solat sunat, Qiyamullail dan bacaan Al-Quran sudah bertambah, di tahap yang sama atau berkurangan dari sebelumnya. Bagaimana pula dengan zakat, sudahkah ditunaikan dan adakah kita sempat juga melakukan sedekah di bulan ini?

Penilaian sebegini penting sebelum berakhirnya Ramadhan agar kita menyambut Syawal nanti denganKEMENANGAN YANG SEBENARNYA pada pandangan ALLAH, bukan KEMENANGAN YANG PALSUmenurut pandangan manusia.

KEMENANGAN YANG HAKIKI ialah apabila berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, mendapat keampunan daripada ALLAH SWT dan dimasukkan ke dalam syurga...Insya'ALLAH.

KEMENANGAN YANG PALSU ialah berjaya membuat banyak biskut raya, memasak rendang dan ketupat serta mempersiapkan diri dan rumah dengan perhiasan indah sedangkan matlamat Ramadhan tidak tercapai. Kita tenggelam dalam persiapan hari raya tanpa menyedari peluang ibadah di bulan ini ditinggalkan sia-sia.

Sempena menjelang Syawal beberapa hari sahaja lagi, tepuk dada tanyalah iman kita dimanakah kita berada,adakah kita menyambut hari lebaran nanti dengan rasa penuh ketaqwaan dan kesyukuran kerana dapat mengecapi kemenangan melalui tarbiyah Ramadhan?fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan wahai sahabat dan sahabiah sekalian...(peringatan buat diri saya juga)

Dengan ini, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri pada muslimin dan muslimat yang sudi membaca coretan saya ini.andai ada salah dan silap saya mohon maaf kerana saya insan yang masih belum sempurna.sambutlah Lebaran ini dengan penuh kesyukuran kepada ILAHI dimana Ramadhan yang akan kita tinggalkan membawa seribu erti dalam kemenangan menyambut Aidilfitri....Insya'ALLAH.



````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Ya ALLAH,
redhaillah puasa dan semua ibadah seluruh hamba-hamba-Mu dimuka bumi ini selama bulan Ramadhan ini...
Ya ALLAH,
rahmatilah dan ampunilah segala salah dan silap kami selama bulan suci-Mu ini bertamu...
Ya ALLAH,
jadikanlah kami semua manusia yang baik, berahlak dan manusia-manusia yang Engkau redhai di 11 bulan kedepan...
Ya ALLAH,
izinkanlah kami untuk berjumpa lagi dengan bulan suci-Mu ini ditahun hadapan...
Ya ALLAH,
wafatkanlah kami semua kelak dalam keadaan yang Engkau redhai dan rahmati...

Aamiiin Allahuma Amiiin.



````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Selamat Tinggal Ramadhan


Dikala rindu ku belum usai
Disaat hayat dalam doa ku belum sempurna
Kau beranjak dari duduk mu
Membiarkan ku dalam harapan yang masih tersisa

Rasa ingin ku memeluk mu erat-erat
Dalam rahmat dan keberkahan mu
Yang sentiasa Kau sebarkan tanpa henti
Kan ku basuh dalam renungan ku
Saat Kau pancarkan cahaya dalam bulan nan mulia
Mengharapkan ampunan dalam sujud ku yang panjang

Ingin ku hapus semua noda dan dosa ku
Ingin ku buang segala kotoran dalam rongga dada ku
Meluruhkan jiwa yang sarat dengan kata maaf
Tenggelam dalam tangisan penuh sesal

Tak bisa ku mungkiri
Kau pasti kan pergi
Meninggalkan ku sendiri
Hanya satu pintaku, Cepatlah kembali !

Tiada kata yang paling indah untuk melepaskan mu
Selain rasa terima kasih ku atas nikmat mu
Yang begitu agung atas diri ku, keluarga ku dan sahabat-sahabiah ku

Selamat tinggal Ramadhan....
Selamat datang Lebaran
Semoga jiwa ini, raga ini, hati ini, dan rasa ini
kembali menjadi fitri....
Salam Aidilfitri dari saya buat sahabat dan sahabiah semua
Minal Aidil wal fa idzin, Mohon Maaf Zahir Batin.



Tuesday 23 August 2011

Serikandi Islam : Ummu Habibah



Ummu Habibah atau nama sebenarnya Ramlah Binti Abu Sufyan. Inilah serikandi islam yang patut dijadikan teladan bagi muslimah zaman sekarang. Bagaimana tidak? orang-orang terdekat dan dicintainya merupakan musuh baginya. Mereka berusaha memurtadkan dan memalingkannya dari jalan kebenaran. Dialah salah seorang ummul mukminin yang banyak diuji keimanannya. 

Ramlah Binti Abu Sufyan merupakan puteri kepada seorang pemimpin Quraisy dan orang-orang musyrik hingga penaklukan Mekah. Namun, Ramlah binti Abu Sufyan tetap beriman sekalipun ayahnya memaksa dirinya untuk kafir ketika itu. Abu Sufyan tidak mampu memaksa anaknya ketika itu kerana anaknya menunjukkan pendirian yang kuat dan semangat yang tekad. Ramlah Binti Abu Sufyan rela menanggung beban yang melelahkan dan berat kerana memperjuangkan akidahnya.

Pada mulanya, beliau menikah dengan Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah berhijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau digelar dengan Kun` yah Ummu Habibah.

Ummu habibah senantiasa bersabar dalam memikul beban lantaran memperjuangkan dirinya yang dalam keterasingan dan hanya seorang diri, jauh dari keluarga dan kampung halaman. Bahkan terjadi musibah yang tidak dia sangka sebelumnya.

Beliau bercerita,

"Aku melihat dalam mimpi, suamiku dengan bentuk yang sangat buruk dan menakutkan. Aku pun terperanjat dan bangun, kemudian aku memohon perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. Ternyata tatkala pagi suamiku telah memeluk agama Nasrani. Kuceritakan mimpiku kepadanya, namun ia tidak mengubah pendiriannya."

Suaminya mencuba dengan segala kemampuan untuk memurtadkannya, namun Ummu Habibah tetap istiqamah. Bahkan beliau berusaha mengajak suaminya untuk kembali ke Islam, walaupun ditolak mentah-mentah dan malah suaminya semakin asyik dengan khamr. Hal ini berterusan hingga ia meninggal. Hari-hari berlalu di bumi hijrah, dengan ujian-ujian berat menemani Ummu Habibah. Tetapi dengan keimanan yang dikaruniakan Allah SWT, dirinya mampu menghadapinya.

Suatu malam, dia melihat dalam mimpinya ada yang memanggilnya;
"Wahai ummu mukminin...!"

Beliaupun terperanjat bangun. Beliau menakwilkan mimpi tersebut bahwa Rasulullah SAW kelak akan menikahinya. Setelah selesai masa iddah-nya, tiba-tiba ada seorang budak wanita (jariyah) dari Raja Najasyi yang memberitahukan kepada beliau bahwa Rasulullah SAW telah meminangnya.

Alangkah bahagianya beliau mendengar khabar gembira tersebut. Sehingga beliau berkata;
"Semoga Allah memberikan khabar gembira untukmu"

Kerana terlalu gembira dengan khabar itu, beliau menanggalkan gelang kakinya lalu diberikan kepada budak wanita yang membawakan perkhabaran tersebut. Setelah itu, beliau meminta Khalid bin Sa'id bin Al-‘Ash untuk menjadi wakil baginya menerima lamaran Raja Najasy.

Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Ketika itu Ummu Habibah berumur 40 tahun. Ummu Habibah menempatkan urusan agama pada tempat yang pertama. Beliau utamakan akidahnya daripada keluarga. Beliau menyatakan bahwa kesetiaan beliau adalah tidak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul-Nya bukan untuk seorang pun selain keduanya.

Friday 19 August 2011

music is a part of life

salam..
nmpaknye dh lama x mnulis blog..
hr ni jom kita hayati lirik lagu sami yusuf.


MAKE ME STRONG-by SAMI YUSUF



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong..

Friday 10 June 2011

Tips sihat ala Rasullullah.. ^_^

-perkongsian utk hr ni~


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH  Rasulullah Selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain: - Berlimpah pahala dari Allah - Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan / terapi penyakit TB - Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan  





2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari Khamis atau Jumaatbeliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.  "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)  





3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN  Sabda Rasulullah:"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untukmakanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.  





 4. GEMAR BERJALAN KAKI Rasulullah selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungirumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akanmengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung  





 5. TIDAK PEMARAH Nasihat Rasulullah: "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.  Ada terapi yang tepat untuk menahan marah: - Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk aka berbaring - Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaithon - Segeralah berwudhu - Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati  





 6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT 





  7. TAK PERNAH IRI HATI Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.





 :: Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah ...


 ::   kepada saudara Muslim-Muslimat, jadikanlah ini sebagai renungan danpelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah  satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia wallahu'alam ....


Tuesday 7 June 2011

Bingkisan Buatmu Duhai Muslimah

Siapalah diriku ini untuk membuatkan dirimu menangis sebak, dan apakah layak bagiku untuk menasihati dirimu. Namun, inilah yang mampuku lafazkan, yang mampuku laungkan setelah kian lama terbuku di jiwa yang lara. Kuharap segalanya diterima dengan berlapang dada, kerana inilah taklifan buat diriku yang bergelar Adam, untuk meluruskan tulang rusuk yang ditakdirkan bengkok. Bukankah diciptakan wanita untuk dilindungi sepenuh hati?

Melihat senario kaum Hawa dewasa ini, diriku tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa dirimu kian jauh daripada-Nya ? Apakah dirimu telah lupa akan hukum-hakam yang disusun-Nya? Ke manakah menghilangnya generasi mujahidah harapan agama? Ingatlah duhai muslimah. Dirimu itu diciptakan sebaik-baik kejadian. Jangan sekali-kali ciptaan Yang Maha Tinggi dipersiakan. Hanyalah redha-Nya yang kita impikan, bukannya undangan kemurkaan-Nya yang kita harapkan.

"Takutlah kamu kepada wanita, kerana fitnah yang paling besar menimpa Bani Israel adalah kaum wanita..." (Mutafaq 'alaih)

Jelas bersuluh di dalam sabda Baginda yang dirindui, sesungguhnya kaum hawa mampu menggoncang dunia. Jauh sekali tafsirannya bahawa wanita diciptakan sebagai perosak, sebaliknya wanita diciptakan untuk dinobatkan sebagai sayap kiri bagi para mujahid. Dalam berjuang demi menegakkan Deen di dalam diri, keluarga juga ummah. Wanita itu bisa menjadi madu, kenikmatan dan kemanisannya menjadi pemangkin pada kebangkitan Islamiah. Inilah yang diharapkan dari insan yang bergelar muslimah solehah. Dan wanita juga mampu untuk menjadi racun, bisanya terus memudaratkan seraya menghancurkan agama yang dicintai. Nauzubillahi min zalik! Jauhkan dirimu dari palitan noda maksiat, membutakan hati dan meruntuhkan peganganmu.

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..."
(Mutafaq 'alaih)

Jadilah perhiasan dunia, yang dihiasi dengan bunga ketaqwaan. Sirami jiwamu dengan titis haruman iman, maka terpeliharalah dirimu dari fitnah dunia semata. Semaikan akhlaqmu dengan benih mahmudah, menjadikan dirimu disenangi segala makhluq dan juga Al-Khaliq. Perkayakan dirimu dengan coretan ilmu yang bermanfaat, sebagai petunjuk jalan dalam berbahtera melayar kehidupan duniawi, destinasinya menuju ke akhirat sana. Inilah titipan dari hamba-Nya yang tidak mengerti apa-apa. Moga mengalirlah air mata keinsafan. Sesungguhnya apa yang baik itulah ketentuan dari-Nya. Segala kekurangan pula lahir dari diriku sendiri, natijah dari kealpaan dalam menghadap diri-Nya Yang Maha Esa. Semoga bibitan kata ini akan diabadikan buat selamanya.


Aku Ingin Bergelar Solehah

Aku ingin bergelar solehah
Tetapi menjaga auratku sahaja kini sudah terasa payah
Aku begitu tertarik dengan fesyen dunia
Aku terasa rendah diri bila melihat mereka bergaya
Tetapi mana mungkin auratku terdedah
Kerana aku ingin bergelar solehah...


Aku ingin bergelar solehah
Pergaulanku perlu dijaga
Pertuturanku perlu berpada-pada
Takut pula nanti ada yang menaruh cinta
Aku perlu tabah dan cekal beriman
Kerana aku tentunya ingin bergelar solehah...



Aku ingin bergelar solehah
Dan aku tahu ianya bukan mudah
Tetapi aku yakin dengan janji Allah
Dan aku terus berpegang pada matlamatku
Aku ingin bergelar solehah...