Friday 26 August 2011

Selamat Tinggal Ramadhan ..... :'(


Assalammualaikum kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Muhasabah di Saat Terakhir Ramadhan Di Manakah Kita???
Ramadhan akan berakhir Syawal akan menjelang tiba.Sambutlah dengan tanda kesyukuran.apakah perasaan sahabat dan sahabiah sekalian di saat-saat terakhir Ramadhan ini?adakah rasa sedih untuk meninggalkan Ramadhan atau Rasa gembira berakhirnya Ramadhan? sungguh saya katakan pada hari ini,disaat ini,perasaan sedih dan hiba kerana Ramadhan akan berlalu pergi hanya beberapa hari sahaja lagi. waktu sungguh cepat berlalu serasa baru kemarin menyambut kedatangan Ramadhan... Astaghfirullahal'adzim... luluskah kita pada bulan Ramadhan ini? Apakah tahun depan kelak kita akan berjumpa dengannya kembali? Pertanyaan-pertanyaan ini tidak mungkin terjawab secara pasti terkecuali hanya ALLAH SWT yang tahu. Namun harapan saya sebagai hamba-Nya, berharap yang terbaik dan saya percaya ALLAH SWT pasti akan memberi yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya .... Insya'ALLAH.  Aamiin Ya Robbal Alamiin.


Yang pastinya Ramdhan tetap akan berlalu pergi meninggalkan kita.
Selalunya di malam-malam terakhir Ramadhan ini akan berlaku pertembungan antara menghidupkan baki Ramadhan dengan Qiyamullail dan ibadah-ibadah lain dengan persiapan menjelang hari yang terbesar dalam kalendar umat Islam iaitu Aidilfitri. Bagaimanakah caranya kita mampu menyeimbangkan antara keduanya tanpa kita meninggalkan salah satu daripadanya?

Pertamanya kita harus jelas dan ingat kembali matlamat Ramadhan yang telah ALLAH tetapkan kepada kita semua. Diwajibkan kita berpuasa di bulan ini seperti kaum-kaum terdahulu adalah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa. Melihat kepada matlamat ini sudah cukup untuk kita sama-sama menilai diri sehingga ke hari ini adakah sudah tercapai matlamat yang dikehendaki oleh ALLAH SWT, Tuhan Pencipta diri kita dan seluruh makhluk-Nya.

Tanya diri kita adakah puasa yang dilakukan berjaya mendidik NAFSU supaya mengikut IMAN dalam setiap gerak laku kita sepanjang masa? Adakah kualiti puasa kita setara dengan matlamat keTaqwaan atau sekadar menahan lapar dan dahaga tanpa menjaga adab-adab, tutur kata dan pandangan?

Tanya juga adakah amal ibadah, solat-solat fardhu, solat-solat sunat, Qiyamullail dan bacaan Al-Quran sudah bertambah, di tahap yang sama atau berkurangan dari sebelumnya. Bagaimana pula dengan zakat, sudahkah ditunaikan dan adakah kita sempat juga melakukan sedekah di bulan ini?

Penilaian sebegini penting sebelum berakhirnya Ramadhan agar kita menyambut Syawal nanti denganKEMENANGAN YANG SEBENARNYA pada pandangan ALLAH, bukan KEMENANGAN YANG PALSUmenurut pandangan manusia.

KEMENANGAN YANG HAKIKI ialah apabila berjaya melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna, mendapat keampunan daripada ALLAH SWT dan dimasukkan ke dalam syurga...Insya'ALLAH.

KEMENANGAN YANG PALSU ialah berjaya membuat banyak biskut raya, memasak rendang dan ketupat serta mempersiapkan diri dan rumah dengan perhiasan indah sedangkan matlamat Ramadhan tidak tercapai. Kita tenggelam dalam persiapan hari raya tanpa menyedari peluang ibadah di bulan ini ditinggalkan sia-sia.

Sempena menjelang Syawal beberapa hari sahaja lagi, tepuk dada tanyalah iman kita dimanakah kita berada,adakah kita menyambut hari lebaran nanti dengan rasa penuh ketaqwaan dan kesyukuran kerana dapat mengecapi kemenangan melalui tarbiyah Ramadhan?fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan wahai sahabat dan sahabiah sekalian...(peringatan buat diri saya juga)

Dengan ini, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri pada muslimin dan muslimat yang sudi membaca coretan saya ini.andai ada salah dan silap saya mohon maaf kerana saya insan yang masih belum sempurna.sambutlah Lebaran ini dengan penuh kesyukuran kepada ILAHI dimana Ramadhan yang akan kita tinggalkan membawa seribu erti dalam kemenangan menyambut Aidilfitri....Insya'ALLAH.



````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Ya ALLAH,
redhaillah puasa dan semua ibadah seluruh hamba-hamba-Mu dimuka bumi ini selama bulan Ramadhan ini...
Ya ALLAH,
rahmatilah dan ampunilah segala salah dan silap kami selama bulan suci-Mu ini bertamu...
Ya ALLAH,
jadikanlah kami semua manusia yang baik, berahlak dan manusia-manusia yang Engkau redhai di 11 bulan kedepan...
Ya ALLAH,
izinkanlah kami untuk berjumpa lagi dengan bulan suci-Mu ini ditahun hadapan...
Ya ALLAH,
wafatkanlah kami semua kelak dalam keadaan yang Engkau redhai dan rahmati...

Aamiiin Allahuma Amiiin.



````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````


Selamat Tinggal Ramadhan


Dikala rindu ku belum usai
Disaat hayat dalam doa ku belum sempurna
Kau beranjak dari duduk mu
Membiarkan ku dalam harapan yang masih tersisa

Rasa ingin ku memeluk mu erat-erat
Dalam rahmat dan keberkahan mu
Yang sentiasa Kau sebarkan tanpa henti
Kan ku basuh dalam renungan ku
Saat Kau pancarkan cahaya dalam bulan nan mulia
Mengharapkan ampunan dalam sujud ku yang panjang

Ingin ku hapus semua noda dan dosa ku
Ingin ku buang segala kotoran dalam rongga dada ku
Meluruhkan jiwa yang sarat dengan kata maaf
Tenggelam dalam tangisan penuh sesal

Tak bisa ku mungkiri
Kau pasti kan pergi
Meninggalkan ku sendiri
Hanya satu pintaku, Cepatlah kembali !

Tiada kata yang paling indah untuk melepaskan mu
Selain rasa terima kasih ku atas nikmat mu
Yang begitu agung atas diri ku, keluarga ku dan sahabat-sahabiah ku

Selamat tinggal Ramadhan....
Selamat datang Lebaran
Semoga jiwa ini, raga ini, hati ini, dan rasa ini
kembali menjadi fitri....
Salam Aidilfitri dari saya buat sahabat dan sahabiah semua
Minal Aidil wal fa idzin, Mohon Maaf Zahir Batin.



Tuesday 23 August 2011

Serikandi Islam : Ummu Habibah



Ummu Habibah atau nama sebenarnya Ramlah Binti Abu Sufyan. Inilah serikandi islam yang patut dijadikan teladan bagi muslimah zaman sekarang. Bagaimana tidak? orang-orang terdekat dan dicintainya merupakan musuh baginya. Mereka berusaha memurtadkan dan memalingkannya dari jalan kebenaran. Dialah salah seorang ummul mukminin yang banyak diuji keimanannya. 

Ramlah Binti Abu Sufyan merupakan puteri kepada seorang pemimpin Quraisy dan orang-orang musyrik hingga penaklukan Mekah. Namun, Ramlah binti Abu Sufyan tetap beriman sekalipun ayahnya memaksa dirinya untuk kafir ketika itu. Abu Sufyan tidak mampu memaksa anaknya ketika itu kerana anaknya menunjukkan pendirian yang kuat dan semangat yang tekad. Ramlah Binti Abu Sufyan rela menanggung beban yang melelahkan dan berat kerana memperjuangkan akidahnya.

Pada mulanya, beliau menikah dengan Ubaidullah bin Jahsy, seorang muslim seperti beliau. Tatkala kekejaman kaum kafir terhadap kaum muslimin, Ramlah berhijrah menuju Habsyah bersama suaminya. Disanalah beliau melahirkan seorang anak perempuan, yang diberi nama Habibah. Dengan nama anaknya inilah beliau digelar dengan Kun` yah Ummu Habibah.

Ummu habibah senantiasa bersabar dalam memikul beban lantaran memperjuangkan dirinya yang dalam keterasingan dan hanya seorang diri, jauh dari keluarga dan kampung halaman. Bahkan terjadi musibah yang tidak dia sangka sebelumnya.

Beliau bercerita,

"Aku melihat dalam mimpi, suamiku dengan bentuk yang sangat buruk dan menakutkan. Aku pun terperanjat dan bangun, kemudian aku memohon perlindungan kepada Allah SWT dari hal itu. Ternyata tatkala pagi suamiku telah memeluk agama Nasrani. Kuceritakan mimpiku kepadanya, namun ia tidak mengubah pendiriannya."

Suaminya mencuba dengan segala kemampuan untuk memurtadkannya, namun Ummu Habibah tetap istiqamah. Bahkan beliau berusaha mengajak suaminya untuk kembali ke Islam, walaupun ditolak mentah-mentah dan malah suaminya semakin asyik dengan khamr. Hal ini berterusan hingga ia meninggal. Hari-hari berlalu di bumi hijrah, dengan ujian-ujian berat menemani Ummu Habibah. Tetapi dengan keimanan yang dikaruniakan Allah SWT, dirinya mampu menghadapinya.

Suatu malam, dia melihat dalam mimpinya ada yang memanggilnya;
"Wahai ummu mukminin...!"

Beliaupun terperanjat bangun. Beliau menakwilkan mimpi tersebut bahwa Rasulullah SAW kelak akan menikahinya. Setelah selesai masa iddah-nya, tiba-tiba ada seorang budak wanita (jariyah) dari Raja Najasyi yang memberitahukan kepada beliau bahwa Rasulullah SAW telah meminangnya.

Alangkah bahagianya beliau mendengar khabar gembira tersebut. Sehingga beliau berkata;
"Semoga Allah memberikan khabar gembira untukmu"

Kerana terlalu gembira dengan khabar itu, beliau menanggalkan gelang kakinya lalu diberikan kepada budak wanita yang membawakan perkhabaran tersebut. Setelah itu, beliau meminta Khalid bin Sa'id bin Al-‘Ash untuk menjadi wakil baginya menerima lamaran Raja Najasy.

Rasulullah bertemu dengannya pada tahun ke enam atau ke tujuh Hijriyah. Ketika itu Ummu Habibah berumur 40 tahun. Ummu Habibah menempatkan urusan agama pada tempat yang pertama. Beliau utamakan akidahnya daripada keluarga. Beliau menyatakan bahwa kesetiaan beliau adalah tidak berbelah bahagi untuk Allah dan Rasul-Nya bukan untuk seorang pun selain keduanya.

Friday 19 August 2011

music is a part of life

salam..
nmpaknye dh lama x mnulis blog..
hr ni jom kita hayati lirik lagu sami yusuf.


MAKE ME STRONG-by SAMI YUSUF



I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong
I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong..